Kandungan Sistem

Pengurusan Kursus

Picture
Pengurusan kursus merupakan elemen yang membolehkan guru mengurus dan mentadbir laman kursus mengikut citarasa guru-guru itu sendiri. Antara elemen-elemen yang penting dalam pengurusan kursus ini ialah setting, assign roles, profile dan news forum. 

Pengurusan Sumber

Picture
Pengurusan Sumber merupakan bahagian yang amat penting kerana di sinilah segala pengurusan bahan bantu mengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Sumber-sumber yang boleh di muatnaik ialah;
Picture

Pengurusan Aktiviti

Pengurusan Aktiviti menerangkan bagaimana guru dapat menguruskan aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh murid secara atas talian samada secara sendirian ataupun bersama dengan guru dalam bilik darjah. Ia merupakan elemen yang sesuai dalam memberikan tugasan kepada murid-murid sebagai latihan atau kerja rumah. Murid yang terlibat akan berinteraksi secara aktif dalam mendapatkan maklumat dan pengetahuan samada sesama murid sendiri mahupun interaksi bersama guru-guru mereka. 

Tugasan

Picture
Tugasan murid merupakan aktiviti biasa yang guru-guru kerap berikan kepada murid terutama sebagai kerja rumah. Tugasan ini boleh berbentuk kerja kursus, persembahan murid, latihan bertulis, atau apa sahaja yang perlu dihantar kepada guru samada melalui atas talian, emel atau cakera padat.

Perbincangan

Picture
Forum merupakan aktiviti yang amat penting dalam membantu murid membina pengetahuan baru melalui proses perbincangan dan kolaborasi antara murid-murid dan guru. Guru boleh menjadikan aktiviti ini bagi mendapatkan maklum balas, mendapatkan pandangan peribadi dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan. Murid juga boleh menghantar attachments yang dapat dikongsi bersama. 

Pengurusan Pentaksiran

Pengurusan Pentaksiran membenarkan guru merancang dan membina set-set ujian berbentuk kuiz, mengandungi soalan aneka pilihan, benar-salah, jawapan pendek dan sebagainya. Kesemua soalan akan disimpan dalam pengkalan data berkategori, dan boleh digunakan semula dalam kursus dan juga di antara kursus. Murid dibenarkan membuat soalan berulang kali. Setiap percubaan akan disemak secara automatik, dan guru boleh memilih samada untuk memberikan maklumbalas atau jawapan sebenar. Elemen kuiz mengandungi kemudahan pengredan. Sistem hanya membenarkan jawapan dalam bentuk teks sahaja. Oleh itu sebarang gambar, graf, rumus, simbol, angka-angka matematik yang kompleks perlu di simpan dalam bentuk imej dan dimasukkan dalam ruangan soalan.

Penyemakan automatik

Picture
Sistem ini membenarkan soalan-soalan yang disediakan disemak secara automatik. Ini bermakna murid-murid dapat melihat markah pencapaiannya sebaik sahaja habis menjawab soalan.

Paparan markah 

Picture
Sistem ini akan memaparkan markah setiap murid bagi setiap cubaan mengikut nombor soalan.. Guru juga dapat melihat  masa murid mula menjawab dan tamat menjawab. Ini bermakna guru dapat mengesan soalan mana yang tidak boleh dijawab oleh murid dengan cepat.

Paparan graf pencapaian

Picture
Graf pencapaian bagi setiap ujian akan dipaparkan . 

Paparan gred keseluruhan

Picture
Semua bentuk latihan dan ujian yang telah di sediakan secara atas talian akan direkodkan oleh sistem. 

Refleksi

Picture
Melalui forum, murid boleh membuat refleksi bagi setiap pencapaian. Guru juga dapat menguji kefahaman murid melalui forum ini.

Soalan Pentaksiran

Soalan Aneka Pilihan

Picture
Soalan Aneka Pilihan adalah jenis soalan yang memberikan pilihan jawapan lebih dari satu. Murid hanya perlu memilih jawapan daripada pilihan jawapan yang telah disediakan.

Esei

Picture
Soalan Esei  memerlukan murid menjawab dalam teks yang panjang. Oleh itu soalan jenis ini tidak boleh ditanda secara automatik tetapi markahnya bolehlah dimasukkan secara manual.

Padanan

Picture
Soalan padanan membenarkan guru memberi beberaa pilihan jawapan kepada soalan yang dikemukakan. Murid hanya perlu memilih jawapan yang betul daripada pilihan jawapan yang diberikan. 

Embedded Answer (Cloze) Questions 

Picture
Embedded Answer (Cloze) Questions adalah jenis soalan mengisi tempat kosong. Tempat kosong boleh dibina dalam bentuk pilihan jawapan, jawapan pendek dan angka. Murid mesti memilih jawapan yang betul atau menaip jawapan yang betul pada ruangan yang telah disediakan berdasarkan soalan yang dikemukakan. 


Soalan Pendek

Picture
Soalan pendek adalah jenis soalan mengisi tempat kosong. Tempat kosong boleh dibina dalam bentuk pilihan jawapan, jawapan pendek dan angka. Ia memerlukan murid menjawab soalan dengan mengisi tempat kosong mengikut format yang telah disediakan oleh guru. 

Soalan betul/salah

Picture
Soalan betul/salah adalah soalanyang memerlukan murid membuat pilihan samada pernyataan yang diberikan adalah betul atau salah. Murid hanya perlu memilih jawapan yang betul.