Pengenalan

Istilah pentaksiran berasaskan web ini adalah meluas, merangkumi pelbagai kegiatan yang mana teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan alat-alat atas talian, dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah. Pentaksiran merupakan pusat kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Amalan pengurusan pentaksiran sesebuah sekolah itu mempengaruhi penglibatan murid dalam proses pembelajaran. Oleh itu sekolah harus mendapatkan strategi pentaksiran yang baik bagi memastikan semua pembelajaran murid dapat ditaksir dengan sebaik-baiknya. Pentaksiran berasaskan web ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan yang berkesan. Pentaksiran berasaskan web adalah kaedah terbaik bagi mengenal pasti keperluan murid dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas serta merta. Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang berkesan. Pentaksiran berasaskan web ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian masa murid itu sendiri.